Thursday 11 December 2014

Lambat-lambat tanganku mencapai handphone disudut katil.Icon whatsapp kutekan.Mataku lekat pada skrin telefon.Dalam hati aku membaca butiran mesej satu persatu.Seorang sahabat berkongsi cerita mengenai seseorang yang putus cinta.Katanya lebih kurang 7 bulan dia merawat jiwa yang luka.Cuba merawat jiwa yang merana akibat seorang insan.Aku tak ingin mengulas panjang tentang ceritanya.But,Alhamdulillah thanks to the story,aku dapat ilham untuk menulis malam ni. Cerita tentang putus cinta.Terlalu banyak versinya.Pernah aku dengar ada yang sanggup mengurung diri,tidak makan,tidak tidur kerna putus cinta.Pernah aku lihat sendiri di kalangan insan yang aku kenal,putus cintanya Ya Allah.Asyik menangis sahaja.Dan yang paling menyedihkan ada yang sanggup bunuh diri kerana ‘putus cinta’.MasyaAllah.Nauzubillahiminzalikh. Aku agak terkilan sebenarnya dengan insan yang tega menyiksa diri mereka dengan kerana putus cinta itu.Mereka yang melakukan perkara ini tidak terkecuali yang memegang title Islam.Sahabat sayang,lupakah kamu bahawasanya kamu masih punya Dia? Dialah yang memegang hati manusia.Dialah yang memberi ketenangan kepada hati-hati yang lara,cukup hanya dengan mengingati-Nya.Jadi mengapa masih ragu-ragu untuk mencintai-Nya?Jadi mengapa hati tidak diserahkan hanya kepada-Nya?Mengapa cinta fana manusia juga yang kau jadikan priority? Kalau bercinta dengan manusia,kita sanggup mengorbankan segalanya bukan. Ramai yang sanggup mengorbankan masa rehat semata-mata untuk ber ‘dating’ dengan buah hati.Ramai sanggup mengorbankan duit belanja untuk membeli hadiah kepada si dia.Ramai yang rela hati ibubapa terluka demi untuk menjaga hati si dia yang tercinta. Tapi,berapa ramai yang sanggup mengorbankan masa tidur untuk menemui Al-Khaliq?Berapa ramai yang sanggup berhabis wang pada jalan Fisabilillah?Berapa ramai yang sanggup berusaha menjadi anak yang bisa membahagiakan ibubapa didunia mahupun akhirat sana? Seorang sahabat yang persahabatannya bertahun-tahun sanggup menjadi musuh kerana cinta.Seorang anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sanggup menyisihkan ibubapa kerana cinta. Wah,hebat sungguh penangan cinta ya. Tidakkah kau tahu,cinta dengan Illahi lebih banyak keuntungannya.Bahagia sentiasa.Tak percaya? Mencintai Allah,tidak sama dengan mencintai manusia.Apabila kita mencintai-Nya kita tidak perlu risau akan terluka kerana Dia tidak pernah mengkhianati hamba-Nya.Mencintai-Nya tidak perlu bimbang cinta-Nya akan dirampas orang kerana cinta-Nya amat luas melebihi apa yang kita sangkakan. Mencintai-Nya kita tidak perlu bimbang akan rupa paras,kerana Dia tidak mencintai hamba-Nya kerana rupa,lebih lagi harta.Dia mencintai hamba-Nya sebagaimana hamba-Nya mencintai Dia.Jadi kerana itu aku berani mengatakan cinta-Nya hanya membawa bahagia. Pernahkah kita mendengar ‘Allah memutuskan hubungan kami?’Pernahkah kita mendengar ‘Illahi menolak cinta ku?’Pernahkah kita mendengar ‘aku putus cinta dengan Allah’? Cinta-Nya itu terlalu agung untuk terlibat dengan yang namanya Kekecewaan, Kesakitan, Kelukaan. Cinta-Nya itu sentiasa dihiasi Keindahan,Ketabahan,Ketenangan. Allah tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya walaupun hamba-Nya seringkali meninggalkan-Nya , melupakan-Nya. Kita pernah mendengar ‘kenapa kau tidak solat?’.. ‘Dengan solat aku boleh jadi kaya?’ Acap kali kedengaran ‘berdoalah kepada-Nya?’ .. ‘Dengan doa boleh bawa bahagia?’ Lihatlah bagaimana kita sebagai hamba,begitu tega meninggalkan-Nya. Sedangkan Allah berfirman dalam potongan surah Al-Baqarah ayat 186 yang berbunyi: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku,maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi(segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada –Ku,agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Jadi kalaulah kita terlupa akan-Nya cepat-cepatlah kembali ke pada-Nya.Takut-takut masa kita tamat.Bila-bila masa sahaja.Raihlah peluang yang ada. Namun jangan pula kalian mengira aku menghalang cinta manusia.Aku juga percaya pada cinta sebelum dan selepas kahwin.Untuk cinta sebelum kahwin,ianya tidaklah aneh kerna kalau jatuh cinta jatuh cintalah juga.Siapalah aku untuk menghalang fitrah bukan?Cuman kalian yang terjatuh cinta sebelum kahwin itu,kukira lebih banyak ujiannya.Banyak perkara yang perlu dijaga.Janganlah sampai cinta yang suci itu dinodai dengan perkara yang tidak seharusnya. Apabila kalian jatuh cinta,kembalilah kepada Pemilik Cinta yang sebenar terlebih dahulu,agar cinta itu sentiasa dalam redha-Nya. Dan bagi cinta selepas kahwin pula,kurasa kalian lebih arif tentangnya.Cinta halal lepas akad.Itu antara yang kudengar ayat untuk cinta selepas kahwin. Nampaknya begitulah sedikit sebanyak tentang pendapatku yang ingin aku kongsikan.Andai kalian ingin menegur atau memberi komen silakan tinggalkan komen ya.Aku hanyalah seorang hamba.Tidak akan terlepas dari kelemahan mahupun kekurangan.Semoga dari komen yang kalian lontar dapat aku perbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Mari sama-sama kita gapai cinta-Nya. Bangkitlah dari kekecewaan cinta manusia. Maka hari ini aku ingin mengajak kalian ‘Mari kita bercinta dengan-Nya’.